Bab 14

"Argh! Kurang ajar kau Sara. Berani kau malukan aku tadi. Aku akan pastikan kau dapat pembalasannya satu hari nanti. Kau akan tetap jadi milik aku. Hak milik mutlak aku!" luah Izham dengan penuh marah dan dendam.

Hatinya sangat marah, marah dengan sikap Maisara yang tak sudah sudah menunjuk lagak terhadapnya. Dia akan pastikan satu saat kelak, Maisara akan jatuh. Jatuh ke dalam genggamannya. Dan ketika itu, Sara akan melutut, menangis dan merayu agar dia memberi sedikit belas kasihan terhadapnya. Dan saat itu juga, Izham akan tersenyum dengan penuh kepuasan. Kepuasan yang diidam-idamkannya sejak dulu lagi. Tunggu kau Sara. Hati kecilnya bersuara lagi.

SARA meneliti semua fail yang terdapat di atas mejanya. Fikirannya agak terganggu kerana teringatkan Izham. Diakah yang bersalah? Adakah aku terlalu keras terhadapnya? Ah, biarlah. Bukan aku suka pun dengan dia. Maisara mengomel lagi. Ish, kenapa susah sangat aku nak focus ni? 
"Mungkin aku patut meminta maaf. Tak patut juga aku tinggalkan dia macam tu je tadi. Kesian dia," Sara mula berasa kesal dengan tindakan spontannya sebentar tadi. 

Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Izham.

"Hello." Ringkas sahaja Izham memulakan bicara.

"Hai, Izham. Erm, tengah buat apa?" Sara cuba untuk bersuara.

"Oh, biasalah kat dalam office ni. Kenapa Sara?"
"Maaflah kalau I mengganggu you. Sebenarnya.. erm.." 

"Ya, ada apa? Cakaplah."

"I nak minta maaf. Pasal tadi. I tak sepatutnya emosi. Entahlah, fikiran I terganngu lately. I hope you'll understand."

"Oh, it's okay. I paham okay? You, chill je. Semua masalah ada penyelesaiannya. Yang penting you kena relax and be rational. Everything will be fine. If you need me, I akan tolong you settle kan masalah you tu."

Baik pulak mamat ni. Getus Sara di dalam hati.

"Erm, thanks. Sorry again ya! Bye."

Pantas Sara mematikan perbualan mereka. Apa kena dia ni? Meremang bulu roma aku. Eh Sara, maybe dia just nak tolong je. Janganlah kau prejudis sangat. Maisara terus bermonolog sendirian. Tak pentinglah, now yang penting aku dah pun meminta maaf.

Bab 13

TIGA tahun sudah berlalu, namun keadaan masih kekal sama. Damia masih tidak mahu memaafkan Maisara apatah lagi ingin bertegur sapa. Maisara sudah puas memujuk namun tindakan itu cuma sia-sia sahaja. Mungkin inilah suratan hidupnya kerana gagal menjaga hati seorang insan yang bernama sahabat. Niatnya ikhlas. Cuma ingin mengembalikan Damia ke jalan yang benar namun dia gagal kerana Damia terus hanyut dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri.

Dunia Maisara kini hanyalah kerja. Dia kini berkhidmat di syarikat milik ayahnya sendiri dan merupakan perwaris tunggal warisan milik ayahnya. Sungguhpun begitu, Maisara tidak pernah riak malah dia sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T dan terus berusaha untuk menggapai impiannya suatu masa nanti. Itulah azam utama Maisara yang tidak pernah berubah setiap tahun. Alhamdulillah, rezeki memang miliknya.

Tok! Tok! Tok!

"Ye, masuk!" arah Maisara.

"Maaf kalau I mengganggu you, Sara. Cuma I dah lama tunggu tadi. You tak siap lagi ke?"

"Opps! I lupa lah. Sorry buat you tunggu." Maisara segera meminta maaf. Takut jikalau kenalan barunya ini merajuk pula.

Izham Syukri Bin Dato Azlan. Merupakan anak seorang tokoh korporat yang sangat berjaya di Malaysia. Dato Azlan, seorang hartawan, dermawan dan usahawan yang sangat berjaya yang harus dikagumi oleh semua insan yang bergelar manusia. Asalnya dia hanyalah seorang anak penoreh getah. Namun, keazaman dan kegigihannya berusaha akhirnya membuahkan hasil dimana dia kini seorang warga yang berjaya malahan berjasa kepada negara. Keazaman anak Melayu jati ini haruslah diikuti bahkan dihayati dengan lebih mendalam lagi supaya kita mencapai kejayaan. Itulah yang paling mengagumkan Maisara. Sesungguhnya dia sangat berbangga dengan kejayaan anak Melayu yang bernama Dato Azlan Bin Syukur ini.

"Sara.." Izham bersuara tiba-tiba.

Memecahkan kesunyian di antara dia dan Maisara yang sedari tadi sibuk menjamah makanan masing-masing. Kelihatannya Maisara seperti tidak mahu mengeluarkan sepatah kata pun.

"Oh. Ya, Izham. Kenapa?" Sara membalas.

"You macam tak suka aje keluar makan dengan I? Kenapa you asyik diam aje ni?" soal Izham lagi. Tujuannya ingin menduga Maisara.

"Eh. Taklah. Sorrylah kalau I sakitkan hati you. Cuma I busy kebelakangan ni. Maklumlah banyak proposal yang I tak siapkan lagi. Projek I tu asyik tertunda aje. Tension I dibuatnya. Sorry k?" Maisara cuba menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Izham terasa hati dengan kerenahnya.

"Haha. You ni, kalau iya pun relax lah. Pasal kerja pun you nak tension?" Izham ketawa lagi.

"You ni tak baik tau. I tau lah you dah expert tentang hal-hal business ni kan? Lain lah macam I ni. Baru je na hidupkan?" Maisara merajuk tiba-tiba. Dia tidak suka diperlekehkan sebegitu. Ahh, ingat aku tak tahu ke? Kau tu suka kat aku. Sorry lah Izham. Aku tak minat.

"Hey.. I'm sorry ok. Didn't mean to hurt you. Honest!" Izham cuba memujuk Maisara. Sensitif betul dia ni.


"Okaylah Izham I need to make my move now. Take care!"


Pantas Maisara mencapai tas tangannya dan menuju ke keretanya. Dia ingin lekas pulang ke pejabatnya. Segera! Sebenarnya dia rimas! Rimas dengan Izham. Ya, benar dia mengagumi Dato Azlan, tapi itu tidak bermakna dia harus bercinta dengan anaknya bukan? Sudah lebih lima bulan mereka berteman namun tidak ada satu pun perangai Izham yang menyenangkan hatinya. Entahlah. Benar, Maisara akui Izham lelaki yang baik dan baik rupa parasnya. Namun, cinta tidak boleh dipaksa. Sebab itulah sehingga hari ini dia sentiasa menjaga batasnya dengan Izham. Berkali juga dia menolak pelawaan Izham untuk keluar. Dia tidak mahu terlebih sedikitpun. Memadailah dengan mereka sekadar berteman biasa sahaja. Biarlah. Aku belum bersedia menerima sesiapa lagi di hatiku.