TIGA tahun sudah berlalu, namun keadaan masih kekal sama. Damia masih tidak mahu memaafkan Maisara apatah lagi ingin bertegur sapa. Maisara sudah puas memujuk namun tindakan itu cuma sia-sia sahaja. Mungkin inilah suratan hidupnya kerana gagal menjaga hati seorang insan yang bernama sahabat. Niatnya ikhlas. Cuma ingin mengembalikan Damia ke jalan yang benar namun dia gagal kerana Damia terus hanyut dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri.
Dunia Maisara kini hanyalah kerja. Dia kini berkhidmat di syarikat milik ayahnya sendiri dan merupakan perwaris tunggal warisan milik ayahnya. Sungguhpun begitu, Maisara tidak pernah riak malah dia sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T dan terus berusaha untuk menggapai impiannya suatu masa nanti. Itulah azam utama Maisara yang tidak pernah berubah setiap tahun. Alhamdulillah, rezeki memang miliknya.
Tok! Tok! Tok!
"Ye, masuk!" arah Maisara.
"Maaf kalau I mengganggu you, Sara. Cuma I dah lama tunggu tadi. You tak siap lagi ke?"
"Opps! I lupa lah. Sorry buat you tunggu." Maisara segera meminta maaf. Takut jikalau kenalan barunya ini merajuk pula.
Izham Syukri Bin Dato Azlan. Merupakan anak seorang tokoh korporat yang sangat berjaya di Malaysia. Dato Azlan, seorang hartawan, dermawan dan usahawan yang sangat berjaya yang harus dikagumi oleh semua insan yang bergelar manusia. Asalnya dia hanyalah seorang anak penoreh getah. Namun, keazaman dan kegigihannya berusaha akhirnya membuahkan hasil dimana dia kini seorang warga yang berjaya malahan berjasa kepada negara. Keazaman anak Melayu jati ini haruslah diikuti bahkan dihayati dengan lebih mendalam lagi supaya kita mencapai kejayaan. Itulah yang paling mengagumkan Maisara. Sesungguhnya dia sangat berbangga dengan kejayaan anak Melayu yang bernama Dato Azlan Bin Syukur ini.
"Sara.." Izham bersuara tiba-tiba.
Memecahkan kesunyian di antara dia dan Maisara yang sedari tadi sibuk menjamah makanan masing-masing. Kelihatannya Maisara seperti tidak mahu mengeluarkan sepatah kata pun.
"Oh. Ya, Izham. Kenapa?" Sara membalas.
"You macam tak suka aje keluar makan dengan I? Kenapa you asyik diam aje ni?" soal Izham lagi. Tujuannya ingin menduga Maisara.
"Eh. Taklah. Sorrylah kalau I sakitkan hati you. Cuma I busy kebelakangan ni. Maklumlah banyak proposal yang I tak siapkan lagi. Projek I tu asyik tertunda aje. Tension I dibuatnya. Sorry k?" Maisara cuba menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Izham terasa hati dengan kerenahnya.
"Haha. You ni, kalau iya pun relax lah. Pasal kerja pun you nak tension?" Izham ketawa lagi.
"You ni tak baik tau. I tau lah you dah expert tentang hal-hal business ni kan? Lain lah macam I ni. Baru je na hidupkan?" Maisara merajuk tiba-tiba. Dia tidak suka diperlekehkan sebegitu. Ahh, ingat aku tak tahu ke? Kau tu suka kat aku. Sorry lah Izham. Aku tak minat.
"Hey.. I'm sorry ok. Didn't mean to hurt you. Honest!" Izham cuba memujuk Maisara. Sensitif betul dia ni.
"Okaylah Izham I need to make my move now. Take care!"
Pantas Maisara mencapai tas tangannya dan menuju ke keretanya. Dia ingin lekas pulang ke pejabatnya. Segera! Sebenarnya dia rimas! Rimas dengan Izham. Ya, benar dia mengagumi Dato Azlan, tapi itu tidak bermakna dia harus bercinta dengan anaknya bukan? Sudah lebih lima bulan mereka berteman namun tidak ada satu pun perangai Izham yang menyenangkan hatinya. Entahlah. Benar, Maisara akui Izham lelaki yang baik dan baik rupa parasnya. Namun, cinta tidak boleh dipaksa. Sebab itulah sehingga hari ini dia sentiasa menjaga batasnya dengan Izham. Berkali juga dia menolak pelawaan Izham untuk keluar. Dia tidak mahu terlebih sedikitpun. Memadailah dengan mereka sekadar berteman biasa sahaja. Biarlah. Aku belum bersedia menerima sesiapa lagi di hatiku.