SEMALAMAN Maisara menangis tanpa henti. Semua gambar pujaan hatinya didakapnya penuh erat. Dia masih tidak mengerti mengapa perpisahan itu wujud. Dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa orang yang dicintainya selama ini telah menipu dirinya.
"Aku tak kuat! Ya Allah, kenapa dia buat aku macam ni. Aku benar-benar sayangkan dirinya. Aku tidak pernah mempunyai sesiapa selain dia. Mengapa perpisahan ini jua yang dipinta. Tidakkah kau tahu, betapa aku amat menyayangi dirimu. Macam mana aku nak hidup tanpa kau? Kenapa? Kenapa?!!" bentak Maisara.
Lagu kenangan mereka berdua kembali menerjah kotak fikirannya. Maisara menangis lagi. Lagu dendangan Apit itu benar-benar memberi banyak makna dalam hidupnya. Lagu itu pernah didendangkan oleh bekas kekasih hatinya dulu. Ya, itu dulu.
Maisara mengamati bait bait lagu Luahan Hati itu. Setiap lirik mempunyai makna yang tersurat sendiri. Makna yang begitu meruntun hatinya. Makna yang pernah membahagiakan dirinya suatu ketika dahulu. Menangis sehingga air mata darah sekalipun tidak mungkin Rizal akan kembali ke pangkuannya. Maisara sedar akan hal itu, namun apa dayanya. Air matanya masih tetap deras mengalir. Dihentikan tetapi masih berkeras mengalir perlahan lahan membasahi pipi gebunya itu. Dia sedih. Dia pilu. Dia kecewa lagi.
"Argh! Aku kecewa lagi! Aku benci lelaki. Aku benci lelaki macam kau!" bentak Maisara lagi.
" Tolong lah pergi dari hati aku ni. Tolong lah! " katanya sambil menangis lagi.
Lagu Tak Ku Sangka Tak Ku Duga mula berkumandangan di corong radio. Menemani hati pilu Maisara. Dunia juga seakan akan memahami keperitan hatinya kini. Sedih, namun inilah yang harus ditempuhinya kini. Liku liku kebahagiannya bukan lagi miliknya. Bukan lagi milik Maisara.