Bab 2

Kelas berjalan seperti biasa hari ini. Para pelajar mula membanjiri dewan kuliah yang terletak di Blok Budiman di kolej mereka. Suasana dewan yang begitu bising menggamatkan lagi suasana kelas yang sememangnya sejak azali happening itu. Namun, di suatu sudut kelihatan Maisara yang sedang berjalan sendirian ke arah pintu masuk dewan kuliah ini. Riak di mukanya jelas memaparkan kesedihan yang sedang disembunyikan di sanubarinya kini. Mengapa sukar kesedihan berlalu pergi?

"Hoi!"

Maisara tersentak dari lamunan panjangnya.

"Eh, kau ni. Dah tak tahu bagi salam ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung kau tahu. Kalau tak.."

Damia tergelak kecil. Damia merupakan teman rapat Maisara sejak di bangku sekolah lagi. Mereka menjadi rapat semasa berada di tingkatan 3. Maisara merupakan sahabat pertamanya di sekolah itu. Sekolah yang begitu asing baginya apabila berpindah ke Melaka. Pertemuan itulah yang menjadikan mereka akrab, lebih akrab daripada adik beradik kandung. Persahabatan yang dibina itu kekal sehingga kini.

"Kau tu. Termenung aje. Aku sergahlah. Kalau kau ada sakit jantung tak adalah aku segah." ketawa Damia lagi. Ingin membuat sahabat yang sudah dianggapnya sebagai seorang kakak tersenyum. Dia sudah dapat mengagak kesedihan di hati Maisara.

"Eh, sudah lah tu. Aku minta maaf ok? Tak kan kau kecil hati dengan aku? Kita dah lama kawan kan Sara."
Damia cuba memujuk Maisara apabila Maisara tetap mendiamkan dirinya.

"Aku tak ada apa apa la. Aku just tak ada mood la. Jangan lah risau."

"Kau jangan nak tipu aku lah. Aku tahu apa yang bermain di hati kau tu. Aku faham keadaan kau, dah la. Jangan sedih lagi, aku sayang kau la.." pujuk Damia lagi.

"Mia, aku pun sayang sangat kat kau!"

Maisara lantas memeluk tubuh Damia seerat eratnya. Dia bersyukur kerana masih ada lagi yang sayangkan dirinya. Walaupun dia banyak menyusahkan Damia, namun Damia masih lagi sudi untuk menjadi sahabat baiknya sehingga kini.

"Dah! Jangan nangis lagi. Jom masuk kelas sekarang. Nanti pensyarah ingat kita ponteng pulak. Kita tak pernah ponteng kan. Jom?" Damia bersuara meredakan suasana sedih sebentar tadi.

Maisara pantas menyeka air matanya. Dia terus memegang tangan Damia dan berjalan ke arah pintu masuk dewan kuliah. Dia berasa sedikit tenang kini.

'Aku kena kuat dan fokus untuk belajar hari ini. Aku yakin aku boleh buat!' hati hati kecil Maisara mula berkata kata. Dia ingin segera melupakan Rizal dan fokus untuk kelasnya hari ini serta hari hari yang mendatang.