Maisara meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak tahu apakah jalan yang harus dipilihnya kini. Dia tahu membezakan pahala dan dosa. Dia juga tahu apa yang benar dan apa yang salah. Namun, dia juga tidak mengerti mengapa ini kesudahan yang harus diterimanya? Dia berasa amat bersalah kerana telah mengkhianati janjinya kepada Rizal. Janjinya untuk tetap setia menanti Rizal walaupun mereka telah lama memutuskan perhubungan. Dia tidak mengerti apa yang harus dilakukannya kini. Mungkinkah kebahagian menjadi miliknya? Benar, dia sangat gembira kini. Dia tenang dan gembira mempunyai seorang teman yang cukup memahami dirinya. Namun, dia juga tahu bahawa cinta yang mereka jalani kini adalah cinta terlarang! Dia tidak kuat. Dia tidak tahu bagaimana ingin menepis belaian manja dan cumbuan mesra dari Shaz. Jiwanya bahagia walaupun menderita akibat ditinggalkan Rizal.
'Argh! Lantaklah. Yang penting sekarang ni Shaz cintakan aku.'
" Aku dah tak peduli dah semua itu!" Maisara menjerit tiba-tiba.
Dia yakin! Memilih untuk bersama Shaz akan memberi kebahagian dalam hidupnya.
'Thanks Mia!'
SEMALAMAN Qairul tidak dapat memejamkan mata. Dia terkenang saat-saat indah semasa
tinggal di Malaysia dulu. Dia benar-benar rindukan Maisara. Sahabat seperjuangannya sedari kecil, juga perempuan pertama yang pernah bertakhta di hatinya. Sungguhpun Maisara tidak pernah menyatakan apa-apa tentang isi hatinya terhadap Qairul, namun dia tetap meminati gadis comel itu. Mereka bersahabat dari kecil lagi. Kemana mereka pergi pasti berdua. Kata jiran-jiran mereka, di mana ada Qairul, di situ ada Maisara. Sayangnya mereka berdua terpisah semasa Maisara di tingkatan 2 dulu. Qairul telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara atas permintaan ayahnya sendiri. Jika tidak, dia sendiri tidak mahu berjauhan daripada Maisara. Dia tidak mahu mana-mana lelaki datang meraih cinta Maisara dan mengecewakannya. Namun, dia harus akur. Pelajaran itu lebih penting dari segala-galanya di dunia ini. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menjamin cinta mereka sebaliknya pelajaran jugalah yang dapat menjamin masa depan seseorang itu.
Qairul, anak kacukan Inggeris dan Melayu. Berwajah putih dan bersih, berbadan tegap dan sasa serta mempunyai sepasang mata biru. Ketampanannya pasti akan dapat memikat hati si gadis serta sesiapa sahaja yang memandang tidak kiralah tua mahupun yang muda. Sikapnya yang caring dan getleman pasti akan dapat mencairkan sekeras-keras hati wanita. Dia mempunyai semua ciri-ciri lelaki idaman wanita. Tambah-tambah lagi dia dilahirkan dalam kalangan anak yang berada. Pasti ramai wanita yang mahu mencuri hatinya. Pasti ramai yang ingin menakluki dirinya dan harta miliknya. Namun begitu, hatinya telah lama dimiliki. Dia telah lama mengimpikan Nurmaisara Balqis menjadi suri di hatinya. Dulu, kini dan selamanya.
Adakah dia masih mengenali diriku? Aku tidak tahu. Masa sudah terlalu lama berlalu. Mengapa aku masih mengharapkan dirinya? Qairul Rafique tertanya sendiri.
Qairul kini sedang menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda bagi tahun terakhir. Azamnya kali ini adalah untuk pulang ke Malaysia dan menemui Maisara semula. Sesungguhnya dia benar-benar rindukan Maisara. Kata Mama, Sara sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di ibu kota Malaysia. Pasti dia sudah menjadi semakin cantik. Si cantik inilah yang akan aku jadikan isteri suatu hari nanti. InsyaALLAH. Amin. Doanya lagi di dalam hati. Hatinya berkobar-kobar untuk kembali ke tanah air. Qairul akan pulang Sara!