Bab 7

"Aku tak sangka! Sanggup dia buat aku macam ni Mia. Aku sayangkan dia kau tahu!"

Maisara bersuara meluahkan segala yang terbuku di sarang hatinya kini. Dia sendiri tidak menyangka akan berhadapan dengan situasi sebegini.

"Aku sangka dia sayangkan aku Mia. Aku sangka dia sentiasa tunggu aku macam mana aku tunggu dia selama ni. Aku tak sangka dia sebenarnya dah ada pengganti aku!"

"Sara, sabar la. Mungkin dia memang bukan jodoh kau. Satu hari nanti, kau akan jumpa lelaki yang seribu kali lebih baik dari Rizal okay?"

Damia bersuara. Dia cuba untuk menenangkan hati Maisara. Dia tidak mahu melihat Maisara menitiskan air matanya lagi. Air matanya itu terlalu berharga. Dia tidak mahu melihat Maisara sedih lagi. Jika diturutkan kehendak hatinya ketika itu, ingin sahaja dia membunuh si keparat itu. Rizal! Kau punca semua ni. Aku akan pastikan kau menderita. Aku janji Sara!


 "Hai.." muncul satu suara tiba tiba.

"Hai," Maisara menyambut.

"Kenapa you duduk kat sini? Jomlah join party ni." suara itu membalas.

"Emm, saya.." tergagap gagap Maisara menyambut ajakan suara itu.

Dia sebenarnya terkejut. Niatnya untuk hadir ke party itu pun bukanlah atas kerelaannya. Dia cuma ingin menemani Damia ke situ. Suasana happening di party itu sedikit pun tidak dapat mengubah mood Maisara. Entahlah. Susah sangat ke aku nak lupakan Rizal. Dia bermonolog sendirian.

"You, kenapa termenung lagi ni?" suara itu bertanya lagi.

Maisara tidak membalas pertanyaan suara itu. Dia sungguh tidak berminat untuk menyertai keseronokan tetamu jemputan di situ. Dia ingin sekali bersendirian ketika itu. Sebab itulah dia memilih untuk bermain air kolam sendirian. Tanpa ditemani Damia sekalipun. Dirinya cuma ingin bersendiri ketika itu. Menyesal pulak aku ikut kau Mia.

"Hoi!" sergah Damia tiba tiba.

Maisara tersentak. Hampir sahaja dia menjerit saat itu. Dia mengurut urut dadanya sambil membetulkan pernafasannya.

"Kau ni Mia. Aku cekik kau baru tahu. Dah ada hobi baru ea? Asyik buat aku terkejut je kau ni."

"Mana tak nya! Kau tu. Termenung memanjang. Cubalah join kita orang ni. Ni tak, duduk je tapi kolam ni teringatkan Rizal. Kalau susah sangat, kau couple je dengan aku. Haha." Damia cuba meriangkan hati Maisara.

Maisara tergelak kecil. Couple dengan Damia? Eh, itu kerja gila. Kalau lelaki tak apa juga.

"Eh, lupa pulak aku nak kenalkan. Ni Shaz, tuan punya party ni!"

Maisara masih membatu mendiamkan diri. Entah mengapa dadanya kini berdebar debar. Ni lelaki ke perempuan? Soalnya lagi. Tadi aku dengar macam suara lelaki, bila pulak dia jadi perempuan ni. Maisara sebenarnya agak terkejut melihat tuan empunya suara yang menegurnya sebentar tadi. Handsome jugak dia ni!

"Nama I Shaz. And you are..?" Shaz memulakan bicaranya.

"Maisara. Just call me Sara." Maisara membalas pertanyaan Shaz.

Maisara terdiam seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dituturnya kini. Mungkinkah aku sudah jatuh hati dengan pengkid ini? Argh, persetan itu semua. Lelaki memang tak guna.

"Eh, yang kau tercegat lagi kenapa? Dah, jom makan dengan aku. Nanti mama kau ingat aku tak bagi kau makan."

Pantas tangan Maisara ditarik oleh Damia. Damia tidak mahu malam itu Maisara dan Shaz menjadi patung sahaja. Tambahan pula, Maisara masih belum menjamah apa-apa makanan lagi sejak pagi tadi. Dia sudah boleh mengagak debaran di hati Maisara. Aku akan pastikan Shaz bahagiakan kau!

Damia memang sudah lama merancang untuk memperkenalkan Shaz kepada Maisara. Namun begitu, usahanya sebelum ini tidak membuahkan hasil kerana Maisara sudah dimiliki oleh Rizal. Dia tidak mahu Maisara kecewa lagi. Dia cuma ingin melihat senyuman terukir di bibir mongel Maisara. Duka dan derita itu harus pergi! Dan kebahagian itu harus menjadi milik Maisara! Milik Sara selama-lamanya!