Kalau dah lelaki tu, memang semuanya sama! Kurang ajar kau Rizal! Damia terkejut tatkala melihat bekas kekasih sahabat baiknya. Ingin sahaja dia membelasah Alfie Shahrizal saat itu juga. Hampir terkeluar anak matanya apabila melihat Rizal berpegangan tangan dengan penuh kemesraan dengan seorang gadis.
"Kau kejam Rizal. Sangat kejam! Pembunuh pun tak sekejam kau Rizal. Tergamak kau buat Sara macam ni?" bentak Damia lagi.
Sesungguhnya dia sangat terluka melihat sahabat baiknya menderita akibat seorang lelaki. Kalaulah dia mampu, ingin sahaja dia menjadi lelaki supaya Maisara tidak ditipu lelaki lagi. Seorang demi seorang lelaki akan datang dan memikat hati Maisara. Dan setelah mereka berjaya memilikinya, mereka akan mengecewakan Maisara dengan cara yang paling kejam!
Nasib baiklah Sara tak nampak tadi. Kalaulah dia nampak Rizal tadi, hancur luluh hatinya. Lelaki yang disangkanya setia namun bermain kayu tiga rupa rupanya. Kesian kat kau Sara. Damia bermonolog sendirian. Dia agak bersyukur kerana Maisara tidak melihat kejadian tadi.
"Lama lagi ke dia ni?"
"Mia! Aku dah siap! Cantik tak?"
Mia muncul tiba-tiba. Dia sedang leka mencuba baju manakala Damia menunggunya di luar butik itu.
"Wah, cantiknya kau Sara. Confirm, ramai lelaki nak kat kau." Damia cuba mengusik temannya itu. Dia tidak mahu Maisara sampai tahu apa yang telah dilihatnya sebentar tadi.
"Kalau kau suka, aku beli aje. Kau tunggu sini ya." Maisara berkata-kata dan berlalu pergi.
"Eh, kenapa kau termenung panjang ni Mia? Dah tak tahu macam mana nak makan ke? Nanti aku sapu makanan kau baru tahu.." seloroh Maisara.
"Eh, aku tak apa-apa la. Cuma letih sikit je. Kau makanlah dulu. Lepas ni kita balik tau. Aku dah penat sangat ni."
Damia masih lagi termenung. Sungguhpun makanan kegemarannya sudah sedia terhidang di hadapannya, dia tidak rasa lapar. Padahal inilah restoran kegemarannya. Dia juga yang memperkenalkan restoran itu kepada Maisara. Namun, selera makannya hilang serta merta akibat terlihat perbuatan melampau Rizal.
Sara.. Aku kesian kat kau! Hati kecil Damia bersuara lagi.