Maisara sebenarnya terlupa untuk memilih pasangan untuk projek finalnya itu. Itu yang membuatkan dirinya semakin resah apabila semakin hampir ke kolejnya. Rasa bersalah mulai menghantui dirinya. Dia bersalah kerana telah mengecilkan hati seorang penyelamat jiwanya selama ini. Memang aku yang salah! Tapi aku buat ini semua untuk kebaikan diri aku, getus Maisara di dalam hati. Mungkinka dia bersedia memaafkan aku?
"Sampai hati kau buat aku macam ni Sara! Ingat Sara, siapa yang selalu ada untuk kau sewaktu kau dalam kesulitan? Tidak pernah sedetik pun aku mengecewakan engkau. Tapi ini balasan yang kau beri pada aku? Kau tahu tak yang aku benar-benar sayangkan kau!" luah Damia. Mengeluarkan segala yang terbuku di hatinya.
"Aku buat ini semua untuk kebaikan kita bersama! Kenapa engkau susah sangat nak faham isi hati aku Mia? Aku tak nak kita hanyut di dalam dunia yang penuh dengan fantasi buatan kita sendiri? Kenapa kau tuduh aku sampai macam tu?" Maisara pula yang meluahkan semua yang terpendam selama ini.
"Argh! Itu semua tak penting! Aku tak kan maafkan kau, Sara!"
Damia menegaskan lagi. Dia benar-benar terluka dengan tindakan yang diambil oleh Maisara. Tergamak kau buat aku macam ni! Damia terluka apabila Maisara mengadu kepada ibu bapanya tentang rahsia besar dalam hidupnya selama ini. Maisara telah mendedahkan segala-galanya tentang dirinya yang selama ini menjalinkan hubungan terlarang.
Hal ini berlaku setelah Maisara meninggalkan Shaz begitu sahaja malam itu. Malam di mana kesemua sahabat Shaz mengadakan satu pesta liar. Maisara bukan sahaja meninggalkan Damia sendirian di villa mewah milik Shaz, bahkan dia telah membuat aduan di pejabat agama tentang pesta malam itu. Malam itu, ramai pasangan kekasih terlarang yang tumpas di tangan pegawai jabatan agama daerah. Nasib memang menyebelahi Damia kerana dia terselamat daripada serbuan mengejut pegawai itu. Namun, Damia terpaksa berhadapan dengan risiko dimarahi oleh kedua orang tuanya. Ini semua salah Sara!

"Maafkan aku Mia. Aku minta maaf. Aku buat semua ini untuk kebaikan kita bersama! Dan kalau kau nak tahu, mak aku juga sudah tahu kebenarannya. Sebab inilah aku tak mahu kita terus hanyut di alam fantasi ini." Maisara bercakap sendirian sambil mengesat air mata yang semakin deras mengalir jatuh dipipinya. Dia teringat kembali saat dimana dirinya dimarahi dengan teruk sekali oleh seluruh ahli keluarganya. Sebab itulah dia berbuat sedemikian.
Sekarang aku tak ada pasangan untuk projek final. Harap-harap Prof. Dewi akan pilih seseorang yang boleh berkerjasama dengan aku. Maisara bermonolog lagi sambil berjalan masuk ke dalam dewan kuliah besar.