Bab 12

"Kau couple dengan pengkid?" tanya Pn. Nora tiba-tiba. Memecahkan suasana sunyi di ruang tamu itu.

"Er. Sara.." tergagap-gagap Maisara cuba menjawab soalan Pn. Nora. Dia benar-benar buntu. Tidak disangka tembelang yang disimpan selama ini akhirnya pecah jua.

"Mulai saat ini, detik ini dan hari ini mama tidak izinkan Sara keluar ke mana-mana lagi kecuali ke kuliah! Faham!" bentak Pn. Nora lagi.

Tanda protes terhadap perbuatan anaknya yang dianggap tidak masuk akal. Sungguh hatinya benar-benar terbakar dengan tingkah laku Maisara. Dia kecewa. Anak yang ditatangnya selama ini dengan penuh kasih dan sayang selama ini sanggup menconteng arang ke mukanya!

SEJAK hari itu, Maisara bertekad bahawa dia tidak akan mengulangi kesilapannya ini lagi. Dia juga berazam untuk menyedarkan Damia dan membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Itu janjinya! Dia tidak mahu melukai hati mamanya lagi. Cukuplah dia menyeksa batin mamanya selama ini. Siapa sangka berita hubungan songsangnya akan menyebabkan mamanya kemalangan selepas memarahinya pada hari itu. Oleh kerana terlalu tertekan, Pn. Nora keluar dari rumah malam itu juga.

Tindakannya memandu dalam keadaan marah mengakibatkan semua lampu isyarat merah dilanggarnya begitu sahaja. Tanpa disangka sebuah lori besar sedang menuju laju ke arah kereta Pn. Nora. Nasib Pn. Nora begitu baik kerana dia tidak mengalami kecelakaan yang parah sungguhpun terpaksa terlantar di hospital berminggu-minggu. Keadaan inilah yang merisaukan Maisara. Rasa bersalah semakin menghantui dirinya. Dialah punca mamanya kemalangan yang boleh membawa maut.

Maisara akhirnya insaf dan berjanji untuk berubah. Dia mahu kembali ke pangkal jalan. Dan sahabat karibnya itu juga akan dia bawa kembali bertaubat dan pulang ke jalan yang benar.

"Maafkan aku Damia!"

Bab 11

Pagi itu segalanya berjalan dengan lancar. Pemanduannya juga begitu lancar. Mungkin tidak banyak kereta yang lalu di jalan ini, getus Maisara di dalam hati. Dia tiba di kolej agak awal pagi itu, semangat untuk kembali belajar mula membara di dalam jiwanya. Hari ini hari penentuan! Dia teringat pesanan Prof. Dewi minggu lalu tentang projek final yang akan semua pelajar laksanakan untuk semester akhir ini supaya cepat memilih pasangan masing-masing sebelum Prof. Dewi sendiri yang menetapkannya.

Maisara sebenarnya terlupa untuk memilih pasangan untuk projek finalnya itu. Itu yang membuatkan dirinya semakin resah apabila semakin hampir ke kolejnya. Rasa bersalah mulai menghantui dirinya. Dia bersalah kerana telah mengecilkan hati seorang penyelamat jiwanya selama ini. Memang aku yang salah! Tapi aku buat ini semua untuk kebaikan diri aku, getus Maisara di dalam hati. Mungkinka dia bersedia memaafkan aku?

"Sampai hati kau buat aku macam ni Sara! Ingat Sara, siapa yang selalu ada untuk kau sewaktu kau dalam kesulitan? Tidak pernah sedetik pun aku mengecewakan engkau. Tapi ini balasan yang kau beri pada aku? Kau tahu tak yang aku benar-benar sayangkan kau!" luah Damia. Mengeluarkan segala yang terbuku di hatinya.

"Aku buat ini semua untuk kebaikan kita bersama! Kenapa engkau susah sangat nak faham isi hati aku Mia? Aku tak nak kita hanyut di dalam dunia yang penuh dengan fantasi buatan kita sendiri? Kenapa kau tuduh aku sampai macam tu?" Maisara pula yang meluahkan semua yang terpendam selama ini.

"Argh! Itu semua tak penting! Aku tak kan maafkan kau, Sara!" 

Damia menegaskan lagi. Dia benar-benar terluka dengan tindakan yang diambil oleh Maisara. Tergamak kau buat aku macam ni! Damia terluka apabila Maisara mengadu kepada ibu bapanya tentang rahsia besar dalam hidupnya selama ini. Maisara telah mendedahkan segala-galanya tentang dirinya yang selama ini menjalinkan hubungan terlarang.

Hal ini berlaku setelah Maisara meninggalkan Shaz begitu sahaja malam itu. Malam di mana kesemua sahabat Shaz mengadakan satu pesta liar. Maisara bukan sahaja meninggalkan Damia sendirian di villa mewah milik Shaz, bahkan dia telah membuat aduan di pejabat agama tentang pesta malam itu. Malam itu, ramai pasangan kekasih terlarang yang tumpas di tangan pegawai jabatan agama daerah. Nasib memang menyebelahi Damia kerana dia terselamat daripada serbuan mengejut pegawai itu. Namun, Damia terpaksa berhadapan dengan risiko dimarahi oleh kedua orang tuanya. Ini semua salah Sara!

"Maafkan aku Mia. Aku minta maaf. Aku buat semua ini untuk kebaikan kita bersama! Dan kalau kau nak tahu, mak aku juga sudah tahu kebenarannya. Sebab inilah aku tak mahu kita terus hanyut di alam fantasi ini." Maisara bercakap sendirian sambil mengesat air mata yang semakin deras mengalir jatuh dipipinya. Dia teringat kembali saat dimana dirinya dimarahi dengan teruk sekali oleh seluruh ahli keluarganya. Sebab itulah dia berbuat sedemikian.

Sekarang aku tak ada pasangan untuk projek final. Harap-harap Prof. Dewi akan pilih seseorang yang boleh berkerjasama dengan aku. Maisara bermonolog lagi sambil berjalan masuk ke dalam dewan kuliah besar.

Bab 10

'KENAPA aku resah semacam je ni? Hish...' ngomel Maisara di dalam hati. Seharian tidak berjumpa membuatkan dirinya bagaikan terbang di awang-awangan. Entah mengapa sejak bertemu dengan Shaz hatinya menjadi gundah gelana. Sehari tidak berjumpa rasa bagaikan sebulan lamanya, sebulan tidak berjumpa bagaikan setahun lamanya. Adakah aku sudah jatuh cinta?

Shaz, seorang pengkid yang boleh diibaratkan mempunyai pakej yang lengkap. Walaupun Shaz sebenarnya seorang perempuan, namun suara dan parasnya boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang memandang menyatakan sebaliknya. Alangkah indahnya pertemuan kita ini! Walaupun Shaz telah banyak berkorban untuk Maisara, namun hakikat sebenarnya Maisara masih lagi belum menerima Shaz sepenuh hati. Dia masih  dibelenggu dengan perasaan yang sukar ditafsirkannya sendiri. Sejujurnya dia bahagia di samping Shaz. Cukuplah sekadar dia bahagia tanpa terikat dengan sesiapa. Itu yang lebih penting baginya.

Kecewa dengan lelaki tidak bermakna dia harus membenci mereka! Hati yang terluka dan berkecai tidak mungkin akan sembuh dengan sekelip mata sahaja. Maisara perlukan masa. Ya, masa lah yang akan dapat memulihkan semangatku kembali. Aku akan cuba untuk membuang jauh jauh perasaan terlarang ni. InsyaALLAH.

Mindanya mula kembali menerjah ke alam khayalan. Dia kembali mengingati detik-detik indah kehidupannya sejak dilahirkan ke muka bumi lagi. Setiap peristiwa yang pernah melanda jiwa resahnya selama ini kembali menerjah di sanubarinya. Dia terkenang saat indah semasa kecil dahulu. Kehadiran seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Seseorang yang amat dirinduinya sejak dulu lagi.

"Bagaimanalah keadaan dia sekarang? Apakah dia masih mengenali diriku?" soal Maisara lagi.

Qairul Rafique, seorang yang paling istimewa yang pernah hadir dalam hidupnya. Seorang sahabat bahkan sudah dianggap sebagai saudaranya sendiri. Dia terkenang kembali saat-saat di mana dia juga pernah meminati lelaki kacukan Inggeris-Melayu itu. Cinta monyet! Maisara tergelak kecil.

"Abang.. Sara merajuklah macam ni. Jomlah kita main masak-masak!" rengek Maisara. Dia merajuk kerana Qairul menolak ajakannya untuk bermain bersama-sama.

"Tak nak lah. Tu permainan budak perempuan lah. Malulah abang macam ni!" marah Qairul lagi. Dia serik kerana sering diejek sebagai pondan. Hanya kerana dia selalu bermain bersama Maisara.

"Habis? Kita nak main apa. Sara mana tahu main lastik!" Maisara bersuara lagi. Berang dengan tindakan Qairul yang seakan-akan tidak mengendahkan dirinya.

"Nanti Sara mengadu kat mama! Sara nak bagitahu mama yang tak mahu bermain dengan Sara!"

"Eleh! Mengadulah. Ingat abang takut ke?"

"MAMA!" jerit Sara sekuat hati.

Sampai terhenjut-henjut badan Maisara menahan ketawa apabila terkenangkan zaman indah kanak-kanaknya. Indah sungguh saat itu! getus Maisara di dalam hati. Dia seakan-akan tidak percaya dengan perangainya yang kuat merajuk dan kuat mengadu itu. Sehingga Qairul sendiri tidak sudah-sudah mengenakan dirinya. Ingin sahaja dia kembali ke saat itu, detik di mana dia tidak perlu tahu erti kecewa. Saat di mana dia tidak perlu tahu makna derita akibat cinta. Maisara pasrah. Dia redha dengan suratan takdir. Dia yakin pengalaman sebeginilah yang akan mengajarnya erti kematangan dalam meranjau liku-liku kehidupan.

Aku perlu menjadi lebih dewasa!

Bab 9

SEPERTI jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang dirasakan oleh Alfie Shahrizal kini. Entah mengapa, dia terasa seperti sudah kalah. Kalah dalam perang yang dicetuskannya sendiri. Sungguh dia tidak menyangka, Maisara sanggup memperlakukan dirinya sebegini. Jantungnya bagaikan hendak tercabut apabila dia melihat Maisara sebegitu mesra dengan seoraang pengkid! Ya Allah! Rizal menampar pipinya berulang kali. Dia seakan-akan hampir tidak percaya Maisara sanggup mengkhianati janji mereka. Sedangkan dia masih lagi setia menanti sehingga Maisara menjadi miliknya secara sah. Benar kata sepupunya, Sophia sewaktu mereka terserempak secara kebetulan minggu lalu.

"Jangan ikutkan sangat hati kau tu! Siapa kata cinta pertama kekal? Rizal, kau harus sedar. Cinta antara manusia tidak kekal abadi. Ia hanyalah seketika. Jadi kau harus berpijak di bumi yang nyata. Hentikanlah angan-angan kau untuk menanti dia. Kau yakin ke dia akan setia? " Nasihat Sophia mula bermain di kotak fikirannya kini.

Sebagai seorang sepupu yang sangat rapat, Sophia pasti tahu keadaan Rizal yang sedang berduka kerana baru sahaja putus cinta. Hubungan yang dibinanya bersama Maisara sudah pun mencecah angka 6 tahun. Siapa sangka cinta pandang pertama mereka sejak bertemu di studio dulu akan bertahan hampir 6 tahun. Inilah cinta pandang pertama buat diri Rizal. Wanita yang memiliki semua ciri-ciri wanita idamannya. Lemah lembut, cantik, manis dan sedap mata memandang sememangnya menjadi pilihan Rizal. Keluarganya juga sudah menganggap Maisara seperti menantu mereka sendiri sungguhpun tiada ikatan sah di antara mereka berdua. Sememangnya Rizal bahagia di samping Maisara.

Namun kebahagian yang mereka inginkan hanya seketika. Semua ini berpunca dari salah Rizal. Dia tidak mahu menangguk di air yang keruh. Dia juga tidak mahu dicap sebagai lelaki dayus. Sememangnya dia akui, Maisara mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Tapi, dia juga sedar akan hakikat duniawi yang terus terang mengatakan bahawa Maisara bukan miliknya. Aku tak layak untuk kau Sara! Kau cantik dan pandai. Berpelajaran. Sedangkan aku cuma membuat part time sebagai seorang penyanyi sambilan di sebuah studio rakaman saudaraku sendiri. Mana mungkin keluargamu mahu menerima diriku yang hina ini sebagai menantu. Aku tidak mampu!

Aku juga tidak mahu dituduh sebagai pemusnah masa depan kau Sara. Walaupun keluargamu tidak pernah menyatakan sebegitu, namun hati ini tetap terasa jika kau tidak mendapat pointer seperti yang kau idamkan. Aku tidak mahu menjadi punca kau tidak berjaya dalam hidupmu Sara. Cintaku hanyalah untuk dirimu, tapi apalah dayaku. Aku belum pasti jika aku boleh memberikan kau kebahagiaan Sara. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan dirimu. Dan aku berjanji akan menunggumu sehingga kau berjaya kelak. Tapi jika kau memilih untuk bersama dirinya, izinkanlah aku untuk mengundurkan diriku.

"Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar ku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia 
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat dibibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati janji manis
Dan saat romantis 
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh Tuhanku tabahkan hatiku
Temukanku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu
Tetapi apa dayaku

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang..."

Rizal menyanyi sambil bermain gitar di ruang kamarnya. Sungguh sedih dan pedih hatinya kini. Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi. Semuanya telah jelas kini. Maisara sememangnya tidak ikhlas menyayangi dirinya. Jika tidak, mengapa dia sanggup menerima kehadiran orang baru. Lebih memilukan hatinya, Maisara kini ditakluki oleh seorang pengkid. Lelaki mana yang tidak tercabar dengan situasi sebegini. 

Jauh di dasar hatinya, terdetik niat untuk kembali memujuk Maisara. Namun, ego seorang lelaki melarang dirinya dari berbuat sedemikian. Biarlah. Dia bahagia tanpa aku!

Bab 8

"Mencintai tidak semestinya harus memiliki, begitu juga antara kau dan aku, Alfie Shahrizal."

Maisara meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak tahu apakah jalan yang harus dipilihnya kini. Dia tahu membezakan pahala dan dosa. Dia juga tahu apa yang benar dan apa yang salah. Namun, dia juga tidak mengerti mengapa ini kesudahan yang harus diterimanya? Dia berasa amat bersalah kerana telah mengkhianati janjinya kepada Rizal. Janjinya untuk tetap setia menanti Rizal walaupun mereka telah lama memutuskan perhubungan. Dia tidak mengerti apa yang harus dilakukannya kini. Mungkinkah kebahagian menjadi miliknya? Benar, dia sangat gembira kini. Dia tenang dan gembira mempunyai seorang teman yang cukup memahami dirinya. Namun, dia juga tahu bahawa cinta yang mereka jalani kini adalah cinta terlarang! Dia tidak kuat. Dia tidak tahu bagaimana ingin menepis belaian manja dan cumbuan mesra dari Shaz. Jiwanya bahagia walaupun menderita akibat ditinggalkan Rizal. 

'Argh! Lantaklah. Yang penting sekarang ni Shaz cintakan aku.'

" Aku dah tak peduli dah semua itu!" Maisara menjerit tiba-tiba.

Dia yakin! Memilih untuk bersama Shaz akan memberi kebahagian dalam hidupnya.

'Thanks Mia!'


SEMALAMAN Qairul tidak dapat memejamkan mata. Dia terkenang saat-saat indah semasa
tinggal di Malaysia dulu. Dia benar-benar rindukan Maisara. Sahabat seperjuangannya sedari kecil, juga perempuan pertama yang pernah bertakhta di hatinya. Sungguhpun Maisara tidak pernah menyatakan apa-apa tentang isi hatinya terhadap Qairul, namun dia tetap meminati gadis comel itu. Mereka bersahabat dari kecil lagi. Kemana mereka pergi pasti berdua. Kata jiran-jiran mereka, di mana ada Qairul, di situ ada Maisara. Sayangnya mereka berdua terpisah semasa Maisara di tingkatan 2 dulu. Qairul telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara atas permintaan ayahnya sendiri. Jika tidak, dia sendiri tidak mahu berjauhan daripada Maisara. Dia tidak mahu mana-mana lelaki datang meraih cinta Maisara dan mengecewakannya. Namun, dia harus akur. Pelajaran itu lebih penting dari segala-galanya di dunia ini. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menjamin cinta mereka sebaliknya pelajaran jugalah yang dapat menjamin masa depan seseorang itu.  

Qairul, anak kacukan Inggeris dan Melayu. Berwajah putih dan bersih, berbadan tegap dan sasa serta mempunyai sepasang mata biru. Ketampanannya pasti akan dapat memikat hati si gadis serta sesiapa sahaja yang memandang tidak kiralah tua mahupun yang muda. Sikapnya yang caring dan getleman pasti akan dapat mencairkan sekeras-keras hati wanita. Dia mempunyai semua ciri-ciri lelaki idaman wanita. Tambah-tambah lagi dia dilahirkan dalam kalangan anak yang berada. Pasti ramai wanita yang mahu mencuri hatinya. Pasti ramai yang ingin menakluki dirinya dan harta miliknya. Namun begitu, hatinya telah lama dimiliki. Dia telah lama mengimpikan Nurmaisara Balqis menjadi suri di hatinya. Dulu, kini dan selamanya. 

Adakah dia masih mengenali diriku? Aku tidak tahu. Masa sudah terlalu lama berlalu. Mengapa aku masih mengharapkan dirinya? Qairul Rafique tertanya sendiri. 

Qairul kini sedang menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda bagi tahun terakhir. Azamnya kali ini adalah untuk pulang ke Malaysia dan menemui Maisara semula. Sesungguhnya dia benar-benar rindukan Maisara. Kata Mama, Sara sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di ibu kota Malaysia. Pasti dia sudah menjadi semakin cantik. Si cantik inilah yang akan aku jadikan isteri suatu hari nanti. InsyaALLAH. Amin. Doanya lagi di dalam hati. Hatinya berkobar-kobar untuk kembali ke tanah air. Qairul akan pulang Sara! 


Bab 7

"Aku tak sangka! Sanggup dia buat aku macam ni Mia. Aku sayangkan dia kau tahu!"

Maisara bersuara meluahkan segala yang terbuku di sarang hatinya kini. Dia sendiri tidak menyangka akan berhadapan dengan situasi sebegini.

"Aku sangka dia sayangkan aku Mia. Aku sangka dia sentiasa tunggu aku macam mana aku tunggu dia selama ni. Aku tak sangka dia sebenarnya dah ada pengganti aku!"

"Sara, sabar la. Mungkin dia memang bukan jodoh kau. Satu hari nanti, kau akan jumpa lelaki yang seribu kali lebih baik dari Rizal okay?"

Damia bersuara. Dia cuba untuk menenangkan hati Maisara. Dia tidak mahu melihat Maisara menitiskan air matanya lagi. Air matanya itu terlalu berharga. Dia tidak mahu melihat Maisara sedih lagi. Jika diturutkan kehendak hatinya ketika itu, ingin sahaja dia membunuh si keparat itu. Rizal! Kau punca semua ni. Aku akan pastikan kau menderita. Aku janji Sara!


 "Hai.." muncul satu suara tiba tiba.

"Hai," Maisara menyambut.

"Kenapa you duduk kat sini? Jomlah join party ni." suara itu membalas.

"Emm, saya.." tergagap gagap Maisara menyambut ajakan suara itu.

Dia sebenarnya terkejut. Niatnya untuk hadir ke party itu pun bukanlah atas kerelaannya. Dia cuma ingin menemani Damia ke situ. Suasana happening di party itu sedikit pun tidak dapat mengubah mood Maisara. Entahlah. Susah sangat ke aku nak lupakan Rizal. Dia bermonolog sendirian.

"You, kenapa termenung lagi ni?" suara itu bertanya lagi.

Maisara tidak membalas pertanyaan suara itu. Dia sungguh tidak berminat untuk menyertai keseronokan tetamu jemputan di situ. Dia ingin sekali bersendirian ketika itu. Sebab itulah dia memilih untuk bermain air kolam sendirian. Tanpa ditemani Damia sekalipun. Dirinya cuma ingin bersendiri ketika itu. Menyesal pulak aku ikut kau Mia.

"Hoi!" sergah Damia tiba tiba.

Maisara tersentak. Hampir sahaja dia menjerit saat itu. Dia mengurut urut dadanya sambil membetulkan pernafasannya.

"Kau ni Mia. Aku cekik kau baru tahu. Dah ada hobi baru ea? Asyik buat aku terkejut je kau ni."

"Mana tak nya! Kau tu. Termenung memanjang. Cubalah join kita orang ni. Ni tak, duduk je tapi kolam ni teringatkan Rizal. Kalau susah sangat, kau couple je dengan aku. Haha." Damia cuba meriangkan hati Maisara.

Maisara tergelak kecil. Couple dengan Damia? Eh, itu kerja gila. Kalau lelaki tak apa juga.

"Eh, lupa pulak aku nak kenalkan. Ni Shaz, tuan punya party ni!"

Maisara masih membatu mendiamkan diri. Entah mengapa dadanya kini berdebar debar. Ni lelaki ke perempuan? Soalnya lagi. Tadi aku dengar macam suara lelaki, bila pulak dia jadi perempuan ni. Maisara sebenarnya agak terkejut melihat tuan empunya suara yang menegurnya sebentar tadi. Handsome jugak dia ni!

"Nama I Shaz. And you are..?" Shaz memulakan bicaranya.

"Maisara. Just call me Sara." Maisara membalas pertanyaan Shaz.

Maisara terdiam seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dituturnya kini. Mungkinkah aku sudah jatuh hati dengan pengkid ini? Argh, persetan itu semua. Lelaki memang tak guna.

"Eh, yang kau tercegat lagi kenapa? Dah, jom makan dengan aku. Nanti mama kau ingat aku tak bagi kau makan."

Pantas tangan Maisara ditarik oleh Damia. Damia tidak mahu malam itu Maisara dan Shaz menjadi patung sahaja. Tambahan pula, Maisara masih belum menjamah apa-apa makanan lagi sejak pagi tadi. Dia sudah boleh mengagak debaran di hati Maisara. Aku akan pastikan Shaz bahagiakan kau!

Damia memang sudah lama merancang untuk memperkenalkan Shaz kepada Maisara. Namun begitu, usahanya sebelum ini tidak membuahkan hasil kerana Maisara sudah dimiliki oleh Rizal. Dia tidak mahu Maisara kecewa lagi. Dia cuma ingin melihat senyuman terukir di bibir mongel Maisara. Duka dan derita itu harus pergi! Dan kebahagian itu harus menjadi milik Maisara! Milik Sara selama-lamanya!

Bab 6

" Pertama kali ku mendengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan kurenang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasih kutak kan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari 
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga oh kasih "

Lagu Luahan Hati mula berkumandangan di corong radio. Lagu yang pernah menjadi kenangan yang amat bermakna dalam hidup Maisara. Dia terus menyanyi sambil menatap gambar kenangannya semasa bersama suatu ketika dahulu. Sedih, namun inilah yang harus dilaluinya kini. 



         "Awak, nyanyilah satu lagu. Please!" rayu Maisara dengan penuh manja. Sesungguhnya dia amat merindui Rizal. Sungguhpun mereka jarang bertemu, jarang berhubung namun Rizal jugalah yang bertakhta di hatinya.

"Okay, sayang. Tapi awak kena nyanyi pulak selepas saya nyanyi. Boleh?" Rizal bersuara setelah lama membiarkan dirinya melayan alunan gitarnya.

Rizal mula bermain gitar semula. Dia mula menyanyi.

Maisara terdiam. Dia sebenarnya tidak pernah mendengar lagu Luahan Hati dendangan Apit. Benar, dia tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Hatinya mula cair. Jiwanya mula berbunga. Dia benar- benar tertambat dengan suara lunak Rizal. Suara itu juga lah yang mencairkan dirinya selama ini. Nyanyian Rizal amat ikhlas di matanya. Dia tahu Rizal tidak berniat untuk menipu dirinya. Rizal, saya sayangkan awak! Hatinya berbunga lagi. 

"Sekarang giliran awak! Cepatlah nyanyi." 

Rizal bersuara mematikan lamunan Maisara. 

" Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbiar 
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan 
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang lalu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna aku masih lagi
Setia padamu
Biar kumenangis seumpama pengemis "

"Lagu ini untuk awak. Sebab saya sayangkan awak Rizal. Janjilah dengan saya, yang awak tak akan pernah tinggalkan saya!"

"Ya, saya janji Sara. Saya pun sayang kan awak. Sangat sangat!"



"Sara!" laung Pn. Nora.

"Sara!"

"Maisara!"

"Ya, mama!"

"Turun cepat! Mama dah siap masak ni. Kenapa dari tadi mama panggil tak menyahut?" soal Pn Nora.

"Maaf ma. Sara tak dengar tadi. Sara turunlah ni."

Maisara menyimpan kembali semua kenangan milik Rizal ke dalam sebuah kotak. Mulanya dia ingin membakar semua hak milik Rizal. Namun, hasratnya itu dibatalkan begitu sahaja kerana dia yakin dan pasti Rizal masih setia mencintai dirinya. Sara sayang dan rindukan awak Rizal! Sara tetap akan tunggu awak! Sara janji!




Bab 5

Kalau dah lelaki tu, memang semuanya sama! Kurang ajar kau Rizal! Damia terkejut tatkala melihat bekas kekasih sahabat baiknya. Ingin sahaja dia membelasah Alfie Shahrizal saat itu juga. Hampir terkeluar anak matanya apabila melihat Rizal berpegangan tangan dengan penuh kemesraan dengan seorang gadis.

"Kau kejam Rizal. Sangat kejam! Pembunuh pun tak sekejam kau Rizal. Tergamak kau buat Sara macam ni?" bentak Damia lagi.

Sesungguhnya dia sangat terluka melihat sahabat baiknya menderita akibat seorang lelaki. Kalaulah dia mampu, ingin sahaja dia menjadi lelaki supaya Maisara tidak ditipu lelaki lagi. Seorang demi seorang lelaki akan datang dan memikat hati Maisara. Dan setelah mereka berjaya memilikinya, mereka akan mengecewakan Maisara dengan cara yang paling kejam!

Nasib baiklah Sara tak nampak tadi. Kalaulah dia nampak Rizal tadi, hancur luluh hatinya. Lelaki yang disangkanya setia namun bermain kayu tiga rupa rupanya. Kesian kat kau Sara. Damia bermonolog sendirian. Dia agak bersyukur kerana Maisara tidak melihat kejadian tadi.

"Lama lagi ke dia ni?"

"Mia! Aku dah siap! Cantik tak?"

Mia muncul tiba-tiba. Dia sedang leka mencuba baju manakala Damia menunggunya di luar butik itu.

"Wah, cantiknya kau Sara. Confirm, ramai lelaki nak kat kau." Damia cuba mengusik temannya itu. Dia tidak mahu Maisara sampai tahu apa yang telah dilihatnya sebentar tadi.

"Kalau kau suka, aku beli aje. Kau tunggu sini ya." Maisara berkata-kata dan berlalu pergi.




         "Eh, kenapa kau termenung panjang ni Mia? Dah tak tahu macam mana nak makan ke? Nanti aku sapu makanan kau baru tahu.." seloroh Maisara.

"Eh, aku tak apa-apa la. Cuma letih sikit je. Kau makanlah dulu. Lepas ni kita balik tau. Aku dah penat sangat ni."

Damia masih lagi termenung. Sungguhpun makanan kegemarannya sudah sedia terhidang di hadapannya, dia tidak rasa lapar. Padahal inilah restoran kegemarannya. Dia juga yang memperkenalkan restoran itu kepada Maisara. Namun, selera makannya hilang serta merta akibat terlihat perbuatan melampau Rizal.

Sara.. Aku kesian kat kau! Hati kecil Damia bersuara lagi.

Bab 4

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan cik Maisara?"

"Ya, saya. Maaf. Encik ni siapa?"

"Saya dari Jabatan Agama Islam Melaka."

"Ah. Memang! Ingat aku tak kenal suara kau eh? Sengal betul lah kau ni Mia." Maisara tergelak kecil.

"Saya telefon ni nak tanya khabar cik Sara. Mau kenalan enggak. Hahaha.."

"Enggak mau deh! Hahaha, ada apa kau telefon ni? Kacau daun la, aku tengah berangan baik punya kau tau!"

"Aku telefon nak tanya khabar kau lah! Salah ke?"

"Alamak touching ke? Aku gurau jelah. Kau ni pun."

"Aku pun. Haha. Kena kau balik. So, kau dah ok ke tak ni? Berangan pasal apa? Pasal aku eh?"

"Haha, tak ada maknanya. Aku? Ok je. Hehe."

"Sara, kita keluar nak? Pergi dating ke? Aku kangen bangat sama kamu deh!"

"Tengkorak hang! Hahaha. Nak dating ya? Emm, boleh. Tapi kau belanja. Amacam?"

"Pergh! Koyak poket aku macam ni. Selera kau tu dah la selera gajah kau tahu. Kalau bab makan, kau lah nombor satu! Cakap apa makanan yang kau tak makan dalam dunia ni? Semua yang bernama makanan tu kau sapu kau tahu."

"Amboi.. Makcik nak mengutuk aku. Biasa la, perut aku ni kan perut gajah. Kau baru tahu ke?"

"Orangnya pendek dan kecil. Tapi perutnya, mengalahkan orang saiz XXXXL. Malang nasib laki hang!"

"Yela, aku sedar. Aku pendek. Tak macam kau. Tinggi macam galah kan. Mana ada laki lagi sengal. Aku belum kahwin lah.."

"Hehe.."

"Eh, dah. Cukup cukup la. Kalau nak layan kau ni. Sampai lusa pun belum tentu habis kau tahu. Okay lah cik Mia, cik Sara nak pergi buat taik mata ni. Cik Mia nak ikut tak? Haha.."

"Okaylah yang, you buat taik mata aje taw. Jangan buat peta pulak!"

"Tengkorak hang!"

"Bye sayang!"

"Yela..bye.."

Maisara tergelak besar sambil menuju ke arah kamar tidurnya. Dia geli hati mengenangkan Damia. Sahabat setianya itu. Sayang kau Mia.

Bab 3

"Cepatlah! Saya takut ni. Kenapa awak nak main tutup mata ni. Kalau saya buta nanti baru awak tahu," rungut Maisara. Dia sudah tidak tahan dengan kerenah Rizal yang suka memberi kejutan kepadanya.

"Sabarlah sayang. Kita dah nak sampai la. Sikit aje lagi ya, sayang?" pujuk Rizal dengan penuh manja.

"Ala, awak ni. Suka sangat buat kejutan tau!" rengek Maisara lagi. Sengaja ingin menduga hati kekasihnya itu.

Perlahan lahan Rizal membuka kain hitam yang digunakan untuk menutup mata Maisara. Maisara tergamam. Terkejut melihat apa yang ada di hadapan nya kini. Sebuah meja yang cantik terhias dikelilingi oleh susunan lilin, di atas meja itu terdapat sebuah kek. Kek coklat yang sememangnya menjadi idaman Maisara. Dia sememangnya gemar makan coklat. Walaupun ramai yang takut jika menjadi gemuk akibat terlalu banyak makan coklat, namun Maisara tetap setia dengan makanan kesayangannya itu. Di kelilingnya juga terdapat susunan lilin yang menulis Rizal cintakan Maisara dengan begitu jelas. Sungguh, dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaannya lagi ketika itu. Rizal juga tidak kelihatan di kawasan itu.

"Eh, mana pulak dia pergi ni? "

Tiba tiba Maisara menjerit.
Dia terkejut apabila Rizal lari ke arahnya dan memeluk dirinya dari belakang. Dia benar benar bahagia di saat itu.

"Selamat hari jadi yang ke-18 sayang," Rizal berbisik di telinganya.

"Saya sayang sangat sangat kat awak, Sara."

"Terima kasih sayang! Tak sangka awak sanggup buat semua ini untuk saya. Saya pun sayang sangat kat awak. I love you so much, dear!"

"Ada lagi. Ingat ini aje ke?" Rizal tergelak kecil.

"Eh? Ada lagi?"

Rizal mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya. Dia membuka kotak yang berisi sebentuk cincin emas putih idaman Maisara dan menyarungkannya ke jari manis Maisara.

"Ini untuk awak sayang. Sebagai tanda kasih dan sayang saya pada awak! Awak kena janji dengan saya, awak akan jaga cincin in baik baik. Macam awak jaga saya tau! I love you so much Sara!"

"Ya, saya janji sayang! Saya akan pastikan cincin ini dijaga dengan penuh rapi macam saya jaga awak ya."
Satu ciuman hangat singgah di pipi Rizal. Sebagai tanda terima kasih dari Maisara.

"Jomlah kita makan. Tak kan awak nak peluk aje saya sampai besok pagi?" soal Maisara apabila menyedari Rizal masih lagi memeluk dirinya.

"Eh, ya tak ya lah. Jom makan!"

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah meja. Saat ini sungguh indah buat mereka berdua. Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memisahkan mereka ketika ini.

Kring! Kring!

Deringan telefon rumah mematikan lamunan Maisara. Pantas dia berlari dan mengangkat gagang telefon.

Bab 2

Kelas berjalan seperti biasa hari ini. Para pelajar mula membanjiri dewan kuliah yang terletak di Blok Budiman di kolej mereka. Suasana dewan yang begitu bising menggamatkan lagi suasana kelas yang sememangnya sejak azali happening itu. Namun, di suatu sudut kelihatan Maisara yang sedang berjalan sendirian ke arah pintu masuk dewan kuliah ini. Riak di mukanya jelas memaparkan kesedihan yang sedang disembunyikan di sanubarinya kini. Mengapa sukar kesedihan berlalu pergi?

"Hoi!"

Maisara tersentak dari lamunan panjangnya.

"Eh, kau ni. Dah tak tahu bagi salam ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung kau tahu. Kalau tak.."

Damia tergelak kecil. Damia merupakan teman rapat Maisara sejak di bangku sekolah lagi. Mereka menjadi rapat semasa berada di tingkatan 3. Maisara merupakan sahabat pertamanya di sekolah itu. Sekolah yang begitu asing baginya apabila berpindah ke Melaka. Pertemuan itulah yang menjadikan mereka akrab, lebih akrab daripada adik beradik kandung. Persahabatan yang dibina itu kekal sehingga kini.

"Kau tu. Termenung aje. Aku sergahlah. Kalau kau ada sakit jantung tak adalah aku segah." ketawa Damia lagi. Ingin membuat sahabat yang sudah dianggapnya sebagai seorang kakak tersenyum. Dia sudah dapat mengagak kesedihan di hati Maisara.

"Eh, sudah lah tu. Aku minta maaf ok? Tak kan kau kecil hati dengan aku? Kita dah lama kawan kan Sara."
Damia cuba memujuk Maisara apabila Maisara tetap mendiamkan dirinya.

"Aku tak ada apa apa la. Aku just tak ada mood la. Jangan lah risau."

"Kau jangan nak tipu aku lah. Aku tahu apa yang bermain di hati kau tu. Aku faham keadaan kau, dah la. Jangan sedih lagi, aku sayang kau la.." pujuk Damia lagi.

"Mia, aku pun sayang sangat kat kau!"

Maisara lantas memeluk tubuh Damia seerat eratnya. Dia bersyukur kerana masih ada lagi yang sayangkan dirinya. Walaupun dia banyak menyusahkan Damia, namun Damia masih lagi sudi untuk menjadi sahabat baiknya sehingga kini.

"Dah! Jangan nangis lagi. Jom masuk kelas sekarang. Nanti pensyarah ingat kita ponteng pulak. Kita tak pernah ponteng kan. Jom?" Damia bersuara meredakan suasana sedih sebentar tadi.

Maisara pantas menyeka air matanya. Dia terus memegang tangan Damia dan berjalan ke arah pintu masuk dewan kuliah. Dia berasa sedikit tenang kini.

'Aku kena kuat dan fokus untuk belajar hari ini. Aku yakin aku boleh buat!' hati hati kecil Maisara mula berkata kata. Dia ingin segera melupakan Rizal dan fokus untuk kelasnya hari ini serta hari hari yang mendatang.